July 23, 2012

Hari Ini

Alhamdulillah syukur atas nikmat yang telah diberiakn Oleh Allah swt bg meneruskan kehidupan mendatang. Terima Kasih sahabat-sahabat sekalian yg sudi menghantar ucapan kiriman ari lahir semoga anda semua dirahmati oleh Allah swt.. kita kn igt semakin hari bukan semakin jauh tetapi semakin dekat kita dengan hari kematian, fitrah kita perlu membuat satu keputusan yg telah ditetapkan olehNya. insyaAllah dalam bulan Ramadhan ini marilah kita sama2 berdoa setiap keputusan yg kita buat adalah atas petunjuknya dan keredhaanNya.amin

Sekadar berkogsi maklumat..:)

Gunakanlah mata untuk  memandang  wajah ibubapa  dengan perasaan kasih sayang, memandang ayat-ayat al-Quran serta memandang alam ciptaan Allah dengan rasa kagum kepadaNya.  

Gunakanlah telinga untuk mendengar bacaan ayat-ayat suci  al-Quran,  kuliah ilmu,  dan nasihat yang berguna.  

Gunakanlah lidah untuk berzikir dan memuji  Allah serta menyampaikan nasihat yang baik dan bermanfaat. 

Gunakanlah tangan untuk menghulurkan derma dan sedekah demi meringankan bebanan yang ditanggung oleh orang yang kurang berkemampuan.

Gunakanlah kaki  untuk melangkah ke masjid dan surau,  bukan sahaja untuk menunaikan solat sunat Tarawih, tetapi  apa yang lebih utama ialah untuk menunaikan solat fardhu lima waktu secara berjamaah di 
sana.  

Gunakanlah hati  untuk menginsafi  diri,  bermuhasabah serta menghargai  nikmat yang Allah kurniakan.  Jelasnya,  gunakanlah seluruh anggota untuk mengabdikan diri  kepada Allah yang Maha Esa

July 19, 2012

Sibuk Bekerja Bukan Alasan Abaikan Solat


Ibadat boleh dilakukan ikut waktu jika bijak rancang masa
SOLAT ialah ibadah mudah untuk dilakukan, tetapi paling susah dilaksanakan, sedangkan ia amalan pertama akan ditanya Allah SWT kepada hamba-Nya ketika dihadapkan di muka pengadilan nanti. Walaupun menyedari hakikat itu, masih ramai yang mengabaikan perintah disampaikan oleh Allah secara langsung dari Luh Mahfuz kepada Nabi Muhammad SAW semasa peristiwa Israk dan Mikraj yang menjadi sejarah penting untuk dikenang umat Islam tidak kira di mana berada.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Bersegeralah kamu mengerjakan amal yang soleh, kerana akan berlaku fitnah seperti malam yang sangat gelita. Di dalam keadaan itu terdapat orang yang di sebelah paginya mukmin dan sebelah petangnya kafir, begitulah (sebaliknya) sebelah petang dia mukmin dan sebelah pagi kafir dia menjual agamanya dengan kepentingan dunia yang sedikit.”(Hadis riwayat Bukhari)
Bagaimana agaknya kita hendak menjawab apabila ditanyakan nanti kenapa meninggalkan solat. Apakah jawapan yang dirasakan sesuai untuk diberikan, malas, terlupa atau tidak tahu. Tepuk dada tanya iman kerana ketika itu keimanan kitalah yang akan menjawabnya.
Dalam mengejar tuntutan duniawi, bekalan di akhirat juga perlu disediakan. Oleh itu perancangan penting untuk kita menguruskan masa selama 24 jam yang dikurniakan berdasarkan keutamaan dan pastinya tanggungjawab kepada Pencipta sepatutnya berada di tangga teratas.
Sering kali disebabkan leka dengan kerja dunia, kita selalu mengambil ringan kepentingan menunaikan solat bukan saja memastikan dilaksanakan semua lima fardu itu tetapi dilaksanakan pada waktunya.
Ini ingatan kepada diri saya juga apabila menunaikan tanggungjawab di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah supaya jangan terlalu leka sebaliknya, apabila tiba masa, hendaklah menyegerakan seruan muazzin dengan menunaikan solat.

Tiada istilah tidak sempat solat
Jangan sampai tidak sempat solat kerana tiada istilah tidak sempat jika kita bijak merancang. Punca sering meninggalkan solat kerana kita gagal merancang. Jika sudah tahu jika balik kerja jam 6 petang kita akan terlepas solat Maghrib, ada dua pilihan di depan.
Balik selepas selesai menunaikan solat Maghrib, atau berhenti pada pertengahan jalan yang mempunyai kemudahan seperti surau untuk bersolat. Tambahan, banyak stesen minyak sekarang ini menyediakan ruang solat yang selesa untuk umat Islam menunaikan tanggungjawabnya.
Jika solat sering terabai, apatah lagi membaca al-Quran. Apa juga yang ingin kita lakukan berbalik kepada aspek perancangan. Jika dibiasakan membaca al-Quran selepas solat walaupun hanya beberapa ayat, itu sudah memadai daripada tidak membaca langsung.

Mengimarah Ramadan setahun sekali
Ramadan bakal menjengah tidak lama lagi dan sewajarnya pelbagai perancangan sudah dilakukan bagi mengimarahkan bulan mulia itu yang diraikan setahun sekali. Tidak mengapa jika semangat kita dikatakan bermusim, sekurang-kurangnya kita mengambil inisiatif untuk memastikan kedatangan bulan yang dijanjikan pelbagai ganjaran dimanfaat.
Lagipun, kita tidak tahu apakah kita berkesempatan bertemu Ramadan akan datang. Justeru, peluang yang ada digunakan sebaiknya. Begitu juga dengan solat, selagi kita dikurniakan keupayaan serta kesihatan, hendaklah kewajipan itu ditunaikan.
Perancangan merebut peluang penting seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
Sebagai peringatan kepada yang terlalu mementingkan hal keduniaan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Bersegeralah kamu mengerjakan amal yang soleh, kerana akan berlaku fitnah seperti malam yang sangat gelita. Di dalam keadaan itu terdapat orang yang di sebelah paginya mukmin dan sebelah petangnya kafir, begitulah (sebaliknya) sebelah petang dia mukmin dan sebelah pagi kafir dia menjual agamanya dengan kepentingan dunia yang sedikit.”(Hadis riwayat Bukhari)

Sumber: http://epondok.wordpress.com/

July 17, 2012

Peristiwa 60 Saat Di Internet



Peristiwa 60 Saat Di Internet


Tahukah anda bahawa internet sangat cepat pergerakannya. Tidak menunggu
sesaat pun, siapa yang lambat maka dia akan ketinggalan. Berikut adalah perkara
yang terjadi di dunia maya dalam masa 60 saat;
  • 1500+ postingan di blog
  • 98,000 twit terbaru
  • 12,000 iklan terbaru di craiglist(FJB Terbesar)
  • 20,000 postingan terbaru di Tumblr
  • 600 video terbaru di Youtube
  • 70 Domain Didaftarkan
  • 13,000 Aplikasi iPhone telah didownlod
  • 320 Akaun Twitter terbaru
  • 100 Akaun Linkedin terbaru
  • 6,600 Foto dipublish di Flickr
  • 125 Plugin WordPress terbina
  • 50 Core WordPress terbina
  • 79,364 Wall terkirim di Facebook
  • 695,000 Status Facebook diupdate
  • 510,040 Komentar muncul di Facebook
  • 1,700 Aplikasi Mozilla Firefox terdownload
  • 694,445 kata dicari di Google
  • 168 Juta Email terkirim
  • 60 Blog terbaru dibuat
  • 40 Pertanyaan di Yahoo answer dan 100 jawapan diberikan
  • 1,600 Orang Membaca di Scribd
  • 1 Kata terdefinisi di Urban Dictonaries
  • total 370,000 menit telepon di Skype
  • 13,000 jam muzik streaming di Pandora
  • Seperti itulah yang terjadi di internet selama 60 saat, dan anda sekarang telah
    tahu kenapa 1 minit begitu berharga di dunia maya.

    July 15, 2012

    Bertudung tapi ..Tak Faham Aurat



    Bertudung tapi ..Tak Faham Aurat

    Baju nipis nampak bayang
    Peha gebu saja ditayang
    Lebih baik tak pakai baju senang
    Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

    Baju ketat seluar sendat
    Pakai tudung just ikat-ikat
    Dari mula memang bukan adat
    Disudut agama pun gaya tak berkat

    Tudung jarang baju nipis
    Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
    Mata orang terbeliak, kita membengis
    Bila kena kutuk, kenapa menangis

    Lengan pendek blaus gantung
    Jeans ketat melekat dipunggung
    Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
    Agama tak suruh berbungkus macam pocong

    Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
    Kalau takat rambut orang kurang ghairah
    Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
    Mata yang memandang boleh keluar darah

    Kebaya ketat, kain terbelah
    Ikat tudung macam tak sudah
    Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
    Tapi Islam sebenarnya indah

    Tutup aurat bukan suruh berselubung
    Sampai tak nampak muka dan hidung
    Yang faham tuntutan amat beruntung
    Taklah bersungut mulut pun muncung

    Dah kalau mula minat nak bertudung
    Cubalah sesuaikan apa yang disarung
    Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
    Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

    Bertudung itu bukan satu paksaan
    Ianya lebih kepada keinsafan
    Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
    Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

    Asal menutup aurat itu tuntutan
    Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
    Yang ye nya hati tak berkenan
    Tu yang berjela-jela mencipta alasan

    Menutup aurat satu syariat
    Kepada agama kita taat
    Hidup berkat pahala berlipat-lipat
    Didunia selamat, di akhirat hebat



    kredit Aii (Official)

    Marilah Menuju Kejayaan Bersama Islam


    Marilah Menuju Kejayaan Bersama Islam


    "Barang siapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam surga-surga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang sangat besar.” (Qs. an-Nisa’: 13)

    “Sesungguhnya ucapan orang-orang yang beriman itu ketika diseru untuk patuh kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul itu memutuskan perkara di antara mereka maka jawaban mereka hanyalah, سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا "sami'na wa atho'na" (‘Kami dengar dan kami taati’). Hanya mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Qs. an-Nur: 51)

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...