February 25, 2012

10 Ciri Suami Mithali




Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak,mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?


1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda. 
Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.




2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.
Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’. 
Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain. 
Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Iniadalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda. 
Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda. 
Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.
Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia. 
Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.
Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.
Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.
kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.



[Doa-Doa Di Waktu Malam] - Mari Kita Sama-Sama Kongsikannya!


1.) Doa Menjelang Malam
Ya Allah inilah saat tibanya malam-Mu dan pergi hari siang-Mu,
dan saat datangnya suara-suara doa yang datang pada Mu, maka
ampunilah akan daku. - (Riwayat Abu daud dan at-Tirmizi)


2.) Doa Tidur
Dengan nama Allah, aku meletakkan badanku, Ya Allah ampunilah
dosaku dan usirlah syaitan (penggoda)ku dan lepaskanlah tanggunganku
dan jadilah aku dalam kumpulan para malaikat yang tertinggi.
- (Riwayat Abu Daud)


3.) Doa Setelah Bangun Dari Tidur
Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami kembali
setelah mematikan dan kepada-Nya lah tempat kami kembali.
- (Huzaifah Al-Yamani dan Abu Zar ra)


4.) Doa Apabila Terjaga Dari Tidur Di Tengah Malam
Ya Tuhan, ampunkanlah dan kasihanilah aku, dan tunjukkanlah aku
ke jalan yang benar. - (Muhammad bin Nasar dari Ummu salamah ra)


5.) Doa Mengharapkan Mimpi Yang Baik
Ya Allah, aku memohon kepada Mu mendapatkan mimpi yang
baik dan benar lagi bukan kebohongan, tetapi bermanfaat dan
bukan mudarat. - (Riwayat Ibnu as-sunni)


6.) Doa Apabila Mendapat Mimpi Yang Baik
Segala puji bagi Allah yang memelihara seluruh alam semesta.
- (Riwayat Ibnu as-Sunni)


7.) Doa Apabila Mendapat Mimpi Yang Buruk
ya Tuhan, aku berlindung pada Mu dari pekerjaan syaitan dan
dari mimpi-mimpi yang buruk. - (Riwayat Ibnu as-Sunni)


February 24, 2012

Perasaan hati

Sebuah kehidupan adanya dugaan
Setiap dugaan memerlukan kesabaran
Dalam kesabaran perlunya ketenangan
Dengan ketenangan adanya kebahagian
Datangnya kebahagiaan disebabkan pengorbanan


Setiap pengorbanan memerlukan ketabahan
Dalam ketabahan mesti ada kekecewaan
Dengan kekecewaan hilangnya kepercayaan
Datangnya kepercayaan terjalinnya satu hubungan
Sebuah hubungan ingainkan kebahagian

Setiap pertemuan adanya perpisahan




Tok Wan Kembali Ke Rahmatullah - 1932 - 2012

Dalam Kenangan 
Daud Lebai Selimin
Tok Wan

1932 - 2012

Diberi nama Daud Bin Lebai Selimin berumur 79 tahun dilahirkan pada 19 hb Julai 1932, alamat terakhir arwah di Peket 60 Sungai Nipah 45300 Sg Besar Selangor. Mempunyai 10 org anak, 3 lelaki dan 7 org perempuan, 38 org cucu(tak pasti) dan hampir 40 org cicit.. Daud Bin Lebai Selimin adalah bapak kepada mak sy. panggilan sy adalan Tok Wan. Setelah beberapa tahun sakit tua hanya telantar baring dibilik hampir 4 ke 5 tahun Tok wan telah kembali ke Rahmatullah pada 22-02-2012 antara jam 1.00 ptg. semoga Tok wan di tempat dikalangan org2 yg beriman insyaAllah. AL-FATIHAH -

February 19, 2012

Doa Bergambar











Ya Allah ...



Pandanganku lempar ke luar
Senyuman ku ukir sebagai tanda persaudaraan
Kanak-kanak riang bermain sehingga ke petang
Malam pula menjadi penyatuan
Di hadapan kaabah tiada perbezaan
Semuanya mengharapkan suatu keajaiban

Ya! Aku menyahut seruanMu..

Hadir sebagai tetamu
Dan berjanji meninggalkan segala laranganMu
Maka terimalah taubatku
Semua kata-kata indah dilemparkan
Hanya Dia sahaja yang menentukan

Namun senyuman bertukar tangisan
Derita yang ditanggung tiadalah yang dapat menahan
Ada yang marah,ada pula yang bersabar
Itulah ujian Allah pada hamba yang meminta
Sejauh manakah mereka akan terus meminta?
Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui
Setiap bolak-balik hati mereka...
Maka genggamlah janjiMu
Dan sahutlah seruanNya itu...

Aku Tahu ... Tapi Aku....

Aku TAHU hidup di dunia hanya SEMENTARA
TAPI AKU ……..

Aku TAHU segala amalam akan DIHISAB
TAPI AKU …..

Aku TAHU RAKIB ATID setia di sisi mencatat AMALAN
TAPI AKU ……

Aku TAHU SOLAT itu WAJIB
TAPI AKU …..

AKU TAHU AJALKU tiba bila-bila MASA sahaja
TAPI AKU ……

Aku TAHU apa itu DOSA, apa itu PAHALA
TAPI AKU ……..

Aku TAHU ALLAH sentiasa MEMERHATI
TAPI AKU ……

Aku TAHU ujian ALLAH pasti ada HIKMAHNYA,
TAPI AKU …………..

Aku TAHU AZAB-NYA api NERAKA,

TAPI AKU …..

AKU TAHU betapa NIKMAT kehidupan di SYURGA
TAPI AKU …………

Dan MACAM-MACAM lagi yang aku TAHU
TAPI AKU ……..

Ya ALLAH...BANYAKNYA perkara yang HambaMU ini telah TAHU, tetapi hamba BUAT seolah-olah TIDAK TAHU...!

"YA ALLAH, KUATKANLAH IMAN KAMI, JAUHKAN KAMI DARI GODAAN SYAITAN. KAMI TIDAK MAHU BERSAMA MEREKA DI DALAM API NERAKA. KAMI MAHU BERSAMA AHLI SYURGA, BERSAMA KEKASIH KAMI NABI MUHAMMAD SAW, PARA ANBIA, PARA SYUHADA...! BANTULAH KAMI YA ALLAH..."

February 16, 2012

15 Kelebihan Kaabah Dari Sudut Saintifik. TAHUKAH KAMU SEMUA?



tahukan 15 Kelebihan Kaabah Dari Sudut Saintifik. TAHUKAH KAMU SEMUA?
15 Kelebihan Kaabah Dari Sudut Saintifik. TAHUKAH KAMU SEMUA?

Binaan Kaabah yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji. Sedikit maklumat berkaitan Kaabah yang tidak kita ketahui sebelum ini.

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dalam masa serentak.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi..
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

February 14, 2012

SUSAHKAH MENJADI WANITA ISLAM?

SUSAHKAH MENJADI WANITA ISLAM?

Ada kaum wanita berkata“susah menjadi wanita ISLAM”. Lihat saja peraturan dibawah ini :

1-Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
2-Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3-Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
4-Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
5-Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
6-Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.
7-Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.

PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…?

Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga…maknanya..Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang selamat dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan berselerak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dengan perrmpuan jalanan.

Satu:Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Dua:Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.

Tiga:Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.

Empat:Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara
perempuannya.

Lima:Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.

Enam:Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu mana pun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Tujuh:Seorang lelaki perlu berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaAllah…demikian sayangnya Allah pada wanita, kan?Bagaimana……?
Masih merasa tidak adil?masih tak nak jaga aurat??

Sedarilah insan istimewa yang bernama wanita,bahawa kelembutan bukan kelemahan,bukan jua penghinaan dari Tuhan,bahkan sebagai hiasan kecantikan,,Allah Maha Adil

Wanita


~ Dalam garang seorang wanita pasti ada lembutnya ~
~ Semarah - marah seorang wanita pasti akan hilang jua ~
~ Dalam benci seorang wanita , pasti ada kasih sayang jua ~
~ Dan menyayangimu tidak bererti dia menunjukkannya ~
~ Kerana lumrah seorang wanita mempunyai sifat malu ~
~ Kerana kelembutan seorang wanita merupakan fitrah tercipta ~
~ Jadi hargailah dia dan bimbinglah dia ke arah jalan Nya ~

February 10, 2012

Kelebihan Hari Jumaat:



Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1) Allah ciptakan Adam ,
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.

( Riwayat Hadis Muslim)

February 09, 2012

4 jenis lelaki yang ditarik perempuan ke neraka




Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul..
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…..tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.
Firman Allah SWT:-
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita…wallahua’lam
Twitt

Adab-adab menuntut Ilmu


1. IKHLAS NIAT
2. TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL
3. MENJAUHI MAKSIAT
4. MEMILIH TEMAN YANG SOLEH.
5. BANYAKKAN ZIKRULLAH
6. MENJAGA KEHORMATAN
7. DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA
8. MENGHORMATI GURU
9. BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI

February 01, 2012

SALAM MAULIDUR RASUL 1433H



12 RABIUL AWAL 1433H , AHAD 5 FEBRUARI 2012M
Selamat Menyambut ……..Hari Keputeraan Junjungan kita , yang amat kita kasihi…… Nabi Muhammad SAW.

* * * Firman Allah S.W.T. :

" Dan tiadalah kami , mengutuskan kamu , Wahai Muhammad , melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam "
[Surah Al-Anbiya , Ayat 107]

" Dan bahawa sesungguhnya , engkau Wahai Muhammad , mempunyai akhlak yang amat mulia. "
[ Surah Al-Qalam 68:4]

" Demi sesungguhnya , adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu , contoh ikutan yang baik (Uswah Hasanah) bagi kamu , iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat , serta ia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya , dalam masa susah dan senang . "
[ Surah Al-Ahzaab 33:21]

" Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu , maka terimalah serta amalkan , dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya , maka patuhilah laranganNya . Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya). "
[Surah Al-Hasy-r , Ayat 7]

* * *
Marilah , kita mengimarahkan Hari Keputeraan Junjungan Nabi Muhammad SAW. , yang bakal berlangsung menjelang 12 Rabiul Awal 1433H , dengan majlis-majlis Berselawat , yang mengenang , memperingati , menghayati kasih sayang Baginda Rasulullah s.a.w.

Semoga kita meraih kecintaan , Mahabbah kita kepada Rasulullah s.a.w , menjurus cinta kita kepada Allah S.W.T.............Amiin.

* * *
" Ya Nabi Salam Mualaika , Ya Rasul Salam Mualaika
Ya Habib , Salam Mualaika ,
Shalawatullah ……..Alaika……………."

" Allahumma salli 'ala Sayyidina Muhammad , wa `ala ali Sayyidina Muhammad ,
Kama salaita `ala Sayyidina Ibrahim , wa `ala ali Sayyidina Ibrahim ,
Waba barik `ala Sayyidina Muhamad , wa`ala ali Sayidinna Muhammad ,
Kamabarakta `ala Sayyidina Ibrahim , wa `ala ali Sayyidina Ibrahim ,
FilAlamin , innaka hamidum majid ."

* * * ……." Ya Rasulullah , Syafaatkan kami di Akhirat kelak "

Amin …………….YaRabalAllamin …………..

ERTI RABIUL AWAL PADA RASULLULLAH SAW




Kelahiran Rasulullah SAW merupakan satu peristiwa sejarah yang paling besar dan paling agung yang pernah berlaku di dunia ini. Tiada sejarah yang lebih besar, penting dan agung selainnya, sama ada sebelum atau sesudahnya. Ia adalah sejarah yang telah merubah watak dan peradaban manusia.

Justeru itu, sejarah Rasulullah SAW adalah satu peristiwa yang luar biasa, mengandungi rahsia-rahsia dan perkara yang tersirat pada setiap yang ada hubungkait dengannya walau satu titik, lebih-lebih lagi satu huruf dan satu perkataan. Padanya terkandung rahsia Tuhan yang patut kita kaji dan serlahkan. Mari kita cungkil rahsia dan hikmah di sebalik tarikh kelahiran baginda iaitu: Sebelum Fajar, Isnin, l2 Rabi’ul Awwal, Tahun Gajah.”

Kedatangan Rasulullah SAW membawa rahmat. Sebelum fajar bererti kegelapan sudah akan berakhir dan cahaya adalah umpama rahmat Allah yang akan menjelma.

Isnin dari bahasa Arab bererti dua. Di saat kelahiran baginda, akidah manusia sudah rosak kerana sudah lama ketiadaan Nabi dan Rasul. Hanya dua yang mengenal Tuhan; Zat Tuhan itu sendiri dan baginda Rasulullah SAW. Itulah isyarat dari Tuhan di sebalik kelahirannya pada hari Isnin. Justeru, keIslaman seseorang hanya sah apabila dia mengakui dan menyebut kedua-duanya.

Jika dirujuk pada malam, ia adalah kemuncak kegelapan. Ertinya waktu kelahiran baginda, segala perkara negatif berada di tahap puncaknya.

Jika dirujuk pada siang, ia adalah seterang-terang cahaya matahari. Ertinya kedatangan baginda membawa rahmatdari Tuhan untuk segala alam, bukan hanya untuk manusia, bahkan binatang, kayu kayan, batu batan dan seluruh ciptaanNya. Berkat cahaya rahmat itu, seluruh makhluk mendapat pembelaan dan tidak boleh diperlakukan sesuka hati.

Jika dirujuk pada bulan, ia adalah kemuncak bulan dalam setahun. Ertinya baginda adalah penutup dan kemuncak para Rasul. Rasul terdahulu didatangkan untuk sesuatu kelompok dan zaman sedangkan Rasulullah SAW didatangkan untuksemua etnik, berlanjutan hingga berzaman.

Jika dirujuk pada bintang, ada bintang 12 yang mana ia adalah bintang yang paling terang di antara beribu bintang yang ada. Ertinya kelahiran Rasulullah SAW membawa syariat yang lengkap, petunjuk dan rahmat yang lengkap dari dunia hingga akhirat. Ajaran yang dibawanya paling sempurna berbanding ajaran Rasul-Rasul sebelumnya.

Rabi’ dari bahasa Arab bererti musim bunga. Kedatangan baginda menjadi contoh akhlak yang mulia dan akhlak yang agung adalah umpama bunga yang cantik dan indah di awal musim bunga.

Ia dikaitkan dengan Abrahah dan tentera bergajahnya dari Yaman. Sewaktu dia menyerang Ka’bah, dia telah merampas harta benda termasuk kambing-kambing bapa saudara baginda, Abu Thalib dan datuknya Abdul Muthalib. Akhirnya Abdul Muthalib keluar lalu bersemuka dengan Abrahah. Beliau meminta supaya dipulangkan semula kambingnya kerana ia adalah miliknya. Manakala tentang Kaabah, beliau berkata terpulanglah kepada Abrahah kerana Ka’bah itu bukan miliknya tetapi milik Allah. Jadi, di sini, terbuka rahsia bahawa keluarga Rasulullah saw masih beragama dengan agama Nabi Ibrahim. Ertinya keturunan baginda terpelihara, bersih dan dijaga oleh Allah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...