12 RABIUL AWAL 1433H
, AHAD 5 FEBRUARI 2012M
Selamat Menyambut
……..Hari Keputeraan Junjungan kita , yang amat kita kasihi…… Nabi Muhammad SAW.
* * * Firman Allah
S.W.T. :
" Dan tiadalah
kami , mengutuskan kamu , Wahai Muhammad , melainkan untuk menjadi rahmat bagi
sekalian alam "
[Surah Al-Anbiya ,
Ayat 107]
" Dan bahawa
sesungguhnya , engkau Wahai Muhammad , mempunyai akhlak yang amat mulia. "
[ Surah Al-Qalam
68:4]
" Demi
sesungguhnya , adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu , contoh ikutan yang
baik (Uswah Hasanah) bagi kamu , iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan
(keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat , serta ia pula menyebut dan
mengingati Allah sebanyak-banyaknya , dalam masa susah dan senang . "
[ Surah Al-Ahzaab
33:21]
" Dan apa jua
perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu , maka terimalah serta
amalkan , dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya , maka patuhilah
laranganNya . Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah
berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya). "
[Surah Al-Hasy-r ,
Ayat 7]
* * *
Marilah , kita
mengimarahkan Hari Keputeraan Junjungan Nabi Muhammad SAW. , yang bakal
berlangsung menjelang 12 Rabiul Awal 1433H , dengan majlis-majlis Berselawat ,
yang mengenang , memperingati , menghayati kasih sayang Baginda Rasulullah
s.a.w.
Semoga kita meraih
kecintaan , Mahabbah kita kepada Rasulullah s.a.w , menjurus cinta kita kepada
Allah S.W.T.............Amiin.
* * *
" Ya Nabi Salam
Mualaika , Ya Rasul Salam Mualaika
Ya Habib , Salam
Mualaika ,
Shalawatullah
……..Alaika……………."
" Allahumma
salli 'ala Sayyidina Muhammad , wa `ala ali Sayyidina Muhammad ,
Kama salaita `ala
Sayyidina Ibrahim , wa `ala ali Sayyidina Ibrahim ,
Waba barik `ala
Sayyidina Muhamad , wa`ala ali Sayidinna Muhammad ,
Kamabarakta `ala
Sayyidina Ibrahim , wa `ala ali Sayyidina Ibrahim ,
FilAlamin , innaka
hamidum majid ."
* * * ……." Ya
Rasulullah , Syafaatkan kami di Akhirat kelak "
Amin
…………….YaRabalAllamin …………..