March 08, 2016

SELAMAT HARI LAHIR AYAH ke-64



SELAMAT HARI LAHIR AYAH ke-64
1- 03-02-1952 beliau dilahirkan.
2- Yatim piatu berumur 8 tahun dan tidak bersekolah sejak dari itu.
3- Dijaga oleh Atok dan Neneknya.
4- Didikan Agama mengaji Alquran diutamakan oleh Atok dan Neneknya.
5- Berkerja seawal usia muda sebagai Petani dan Pekebun.
6- Meneroka hutan, mengambil pelbagai perkerjaan utk menyara kehidupan mudanya.
7- Pendiam, Penyabar, Tegas adalah sikapnya, Bila marah hanya pandang, jeling anak2 nya dah takut
8- Berkahwin seawal usia 27 tahun.
9- Siti Fatimah Daud adalah isterinya iaitu mak kesayangan kami
10- Dikurniakan 6 org Cahaya Mata, 3 lelaki dan 3 Perempuan- Mohd Hamzah, Arwah Hussin, Hasnah, Hassim, Siti Halijah, Nor Hazirah.
11- H adalah huruf pangkal awal kesemua anaknya.
12- Memastikan kesemua anak2 beliau Khatam Alquran seawal darjah 2
13- Rotan Disebelahnya sentiasa ada ketika mengajar mengaji.
14- Menangis terasak2 kena marah dgn beliau adalah perkara biasa ketika mengaji.
15- Anak-anaknya sangat2 menghormati beliau.
16- Dengan hanya berkerja kampung, Alhamdulillah beliau berjaya menghantar kesemua anak2 beliau habis belajar SPM, Sijil kemahiran, Diploma dan Digree.
17 -Beliau Adalah AYAH kami di dunia dan akhirat.
18- RAMLI BIN AMAN nama diberi.
Ya Allah kami bersyukur dikurniakan seorang Ayah yang sentiasa menjaga dan mendidik kami dari kami lahir sampai meningkat dewasa sehinggalah sekarang walaupun pada awalnya tanpa kemewahan tetapi dgn ajaran dan Ilmu didikan awalnya telah menjadi kami seorang yg sentiasa berfikiran terbuka, faham, sedar. ingat apa erti kesusahan dan erti bersyukur apa yang ada.
ROTAN pada awalnya takut tp hakikatnya mengajar erti patuh dan as sebab untuk tidak buat salah bila baca bagi cepat pandai dan lancar, kalau tidak baca main-main je. (tak kena rotan pun cuma rotan dekat lantai je bila salah baca itu pun dah nangis kdg2 kena gak ..smile emoticon ).
Bila kami dah masuk U mula berkerja duduk berasingan dgn keluarga baru kami faham semua didikan awalnya dan kalau tak ikut kena marah, paksa kena rotan adalah untuk mendidik kami utk berdisipilin, tegas, yakin dan sentiasa berfikir setiap semua perbuatan yang kami lakukan.
Kegembiraan beliau Kebahagiaan kami anak-anak

PESAN AYAH
1- Solat, Mengaji Alquran jgn lupa. baca walaupun tak faham. WAJIB
2- Hutang jgn sesekali cuba dan elakkan.
3- Berdoa
4- Adik Beradik jgn bergaduh, rapat dan erat-eratkan , jiran dan saudara-mara
5- Perkara yang WAJIB mesti kena paksa dari awal supaya akan datang kita faham perkara itu penting
6- Belajar biar bersungguh-sungguh
7- Main Jangan main-main
8- Lelaki/Suami kena banyak bersabar,
9- Isteri kena dgr kata suami selagi tidak bertentangan dan jaga LIDAH
10- Carilah rezeki yang halal
SEORANG AYAH
Ayah jarang mengucap syg
Sebenarnya ayah memendam
Ayah jarang Mengerang kesakitan
Sebenarnya ayah banyak menahan
Ayah memberi bila minta wang
sebenarnya masa itu ayah kesempitan
Ayah berdiam bila ada permintaan
petanda ayah berfikir mencari jalan
agar permintaan anaknya dapat dikabulkan
meskipun dompet sudah kekosongan
Ayah
Dalam Senyuman
Terlindung keperitan
Tertanam kepahitan
tertutup kedukaan
Demi anak kesayangan
Benarlah kata pepatah
Kasih ibu membawa ke syurga
Kasih ayah sepanjang masa
DOA
Ya Allah Kau ampunkanlah Dosa Ayah kami dan keluarga kami
Ya Allah Kau panjangkanlah umurnya sihat dan murah rezeki,
Ya Allah Kau jagalah Ayahku seperti mana dia menjaga kami semasa kami kecil2 dahulu
Ya Allah Kau makbulkanlah Doa-Doanya
Ya Allah Kau Selamatkanlah kami sekeluarga Di Dunia dan juga Di akhirat nanti.
Ya Allah Kau lapangkanlah kubur Arwah abg kami arwah Hussin semoga Kau mengampunkan segala dosa2 nya yang lalu dan terima segala amal ibadatnya.
Ya Allah hanya Kau yang kami sembah dan hanya Kau yang kami mohon pertolongan
Amin Ya Rabbal Alamin
Selamat Hari Lahir AYAH
Since 03 February 1952
KAMI SAYANG AYAH..
Tulus Ikhlas
Anak No-4
.H.R.

Nukilan - 03-02-2016

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...