December 13, 2012

Gambar Kemenangan GAZA - 2012













Tip Pertimbangan dalam Perkahwinan


Perkahwinan yang dibina pastinya diharapkan agar berkekalan.Jika anda ingin memastikan perkahwinan yang memuaskan dan berkekalan, cubalah anda pertimbangkan faktor-faktor berikut :


1. Tempoh Masa Berkenalan
Kajian menunjukkan bahawa pasangan yang telah berkenalan selama dua tahun atau lebih kesemuanya lebih berpuas hati dengan perkahwinan berbanding pasangan yang berkenalan dalam jangka masa yang lebih pendek. Apabila pasangan bersedia mengambil keputusan yang melibatkan perkahwinan selepas hanya berkenalan selama beberapa bulan, keputusan itu kebanyakannya lebih berdasarkan khayalan dan kurang berdasarkan hakikat .

2. Memilih Pasangan Sendiri
Orang sering memilih pasanagn semata mata untuk menggembirakan orang lain ayah , ibu atau kerana orang menyuruh mereka berkahwin. Tetapi amat penting agar orang yang hendak kahwin itu sendiri gembira denagn pilihannya. Keputusan anda hendaklah dibuat berasaskan keperluan dan impian anda sendiri. Anda juga patut mendengar pendapat sahabat handai dan kaum keluarga dengan teliti, tapi jangan sampai biarkan orang lain memilih pasangan hidup anda.

3. Harapan Yang Tidak Wajar Tentang Perkahwinan
Kebanyakan rumah tangga gagal kerana tidak mendapat apa yang mereka impikan sebelum berkahwin. Ramai lelaki dan wanita memasuki alam perkahwinan dengan sangkaan bahawa pasangan mereka akan memenuhi semua keperluan mereka dan bahawa perasaan romantik mereka semasa bercinta akan kekal abadi. Sebenarnya rumah tangga yang bahagia memerlukan begitu banyak usaha, kesabaran dan ketabahan.

4. Masalah Keperibadian dan Tingkahlaku
Keperibadian dan tingkah laku tidak akan hilang apabila anda berkahwin. Jika terdapat cirri-ciri keperibadian dan tingkah laku pasangan anda yang menimbulkan persoalan, seperti cemburu, panas baran, tidak bertanggungjawab, tidak jujur dan degil. Tanya diri sendiri sama anda sanggup untuk menghabiskan masa anda sehingga ke akhir hayat untuk menangani masalah ini. Nyata sekali , jika pasangan yang dalam pertimbangan itu menghadapi masalah dadah, kaki botol dan sebagainya , anda sepatutnya memastikan masalah itu telah diselesaikan jauh lebih awal sebelum perkahwinan anda.

5. Banyak Pengalaman Hidup
Pemilihan pasangan hidup melibatkan ramalan tentang bagaimana anda berdua akan hidup bersama sepanjang tahun tahun akan datang. Pengalaman disini bukan bermaksud usia .Pengalaman yang dilalui tidak bergantung dengan usia seseorang. Pengalaman lelaki dan wanita mengharungi susah senang bersama amat bermakna dalam perhubungan. Jika boleh lalui waktu waktu susah dan senang bersama pasangan anda. Ambil contoh yang mudah saja ,misalnya melalui lalu lintas yang sesak, jalan jalan kampung yang becak . Dari situ , dia akan menunjukkan siapa dirinya yang sebenarnya.

6. Bayangan Orang Yang Ingin Anda Kahwini
Bayangan ini tidak anda sedari pada umumnya , namun ia amat mempengaruhi anda. Bayangkan dengan jelas sifat-sifat orang yang ingin anda kahwini. Fikirlah dengan panjang dan mendalam tentang faktor - penampilan, kepintaran, pendidikan , kerohanian dan sebagainya. Pemikiran bawah sedar anda boleh menghantui sesuatu hubungan . Berpeganglah pada bayangan anda ini, jika tidak anda akan menginginkan orang lain buat selamanya.

7. Pasangan Yang Bersifat Seakan-akan Diri Anda
Pasangan yang mempunyai terlalu banyak perbezaan sifat nya , akan memerlukan usaha yang lebih untuk memastikan rumahtangga yang dibina kekal bahagia. Lebih banyak memerlukan toleransi dan pemahaman. Tak ramai pasangan mampu bertindak sebegini.

8. Mempunyai Cita-Cita Yang Seiring
Jika orang yang anda kahwini bercita cita jauh lebih rendah atau lebih tinggi daripada anda, mungkin anda berdua akan kecewa. Masalah akan timbul jika anda berusaha mendaki puncak kejayaan tetapi pasangan anda telah berpuas hati dengan apa yang telah anda berdua miliki. Perbezaan sifat mungkin menarik hati ketika sedang melamar , tetapi ia akan menyebabkan banyak kekecewaan sepanjang perkahwinan.

9. Kebolehan Berkomunikasi
Kebolehan berkomunikasi sangat penting demi kebahagian rumah tangga. Kesejahteraan perkahwinan bergantung kepada tahap komunikasi suami isteri. Adalah penting kedua dua pasangan menguasai kemahiran bertutur dan mendengar. Banyak rumah tangga hancur kerana masing masing tidak pandai menyatakan hasrat masing-masing dengan cara yang boleh diterima oleh pasangannya. Hasrat dipendam tanpa komunikasi berkesan bukanlah caranya.

10. Kebolehan Menyelesaikan Pertelingkahan
Pasangan perlu tahu yang mereka berkemampuan untuk menyelesaikan pertelingkahan sebelum mereka berkahwin. Jika pasangan tidak tahu cara yang berkesan untuk menangani perselisihan pendapat antara mereka, Rumah tangga mungkin akan runtuh. Banyak rumah tangga runtuh kerana suami isteri tidak tahu menangani perbezaan diri mereka berbanding sebab sebab lain. Amat perlu menilai kemahiran perdamaian masing masing sebelum berkahwin.


kredit ---http://adamnarzuan.blogspot.com

Panduan Bakal Pengantin

Kali ni Adam nak buat satu entri berkaitan panduan bakal pengantin. Kata orang menempuh gerbang perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah. Tambahan pula dengan tanggungjawab yang bakal terpikul di bahu tidak kira lelaki mahupun perempuan. Sumber asal artikel ini tidak dapat Adam pastikan kerana di tulis di dalam word. Tetapi adam akan kongsikan kat sini sebagai rujukan untuk anda-anda-anda-anda yang bakal bergelar sang suami ataupun sang isteri... (Banyak anda kan? hehehe)..


Berikut adalah senarai semak untuk proses merisik, majlis pertunangan serta hari pernikahan. Sila cetak dan tandakan perkara yang telah anda lakukan.

MERISIK:
Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:
  • Cincin belah rotan. (cincin tanda)
  • Wang tanda (hantaran)
  • Baju sepasang atau kain
  • Buah-buahan
  • Kuih-muih
  • Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
  • Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
  • Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
  • Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
  • Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
  • Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
  • Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.
PADA HARI PERTUNANGAN:
  • Cincin berlian
  • Sirih junjung
  • Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
  • Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.
MALAM BERINAI:
Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda.Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda.

Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.

LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  • Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
  • Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
  • Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
  • Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
  • Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
  • Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
  • Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
  • Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.
Bagi pengantin lelaki:
  • Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.

LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  • Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.
  • Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
  • Membeli cincin kahwin.
  • Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
  • Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
  • Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
  • Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
  • Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.
TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  • Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
  • Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
  • Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
  • Rawatan intensif muka, badan dan rambut.
  • Bagi pengantin lelaki:
  • Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
  • Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.
Bagi pengantin perempuan:
  • Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
  • Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. (sila klik di sini untuk Panduan Perkahwinan – 8. Wali Nikah) Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.
DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  • Membeli barang kemas
  • Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
  • Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
  • Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.
  • Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  • Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
  • Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
  • Bagi pengantin perempuan:
  • Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).
TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  • Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
  • Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
  • Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
  • Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
  • Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
  • Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
  • Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
Bagi pengantin lelaki:
  • Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.
Bagi pengantin perempuan:
  • Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
  • Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)
PADA HARI PERNIKAHAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  • Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.
  • Bagi pengantin lelaki
  • Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
  • Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
  • Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
  • Cincin / gelang tangan / rantai.
  • Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
  • Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
  • Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
  • Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda. Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain. 
PADA HARI PERKAHWINAN:
  • Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  • Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
  • Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
  • Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.
  • Bagi pengantin lelaki:
  • Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
  • Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung
  • Bagi pengantin perempuan:
  • Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.
TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:
Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.
 

Rahsia Angkatan Tentera Malaysia


Ini merupakan sedikit sebanyak rahsia angkatan tentera Malaysia yang ramai tak tahu..
Rahsia Angkatan Tentera Malaysia
1 – Percaya atau tidak jika dikatakan Komando-komando Malaysia diberi tugas sebagai QSR (Quick Reaction Rescue) bagi tentera NATO dalam perang BOSNIA? Suatu ketika pernah dicatatkan dalam newspaper di Amerika.. Diharapkan informasi ini dapat dikaji dan dikongsi bersama, hal ini dan diperakui oleh tentera-tentera asing dan mengelarkan pasukan yang datang untuk garisan mati.
2 – ATM diperakui PAKAR PERANG HUTAN oleh seluruh dunia dan merupakan satu satunya pasukan yang Berjaya mengekang komunisme? Percaya atau tidak?
3 – VAT69 dijulang sebagai komando terbaik dunia sehinggakan pasukan ini didokumentarikan oleh ASIA CHANNEL..percaya atau tidak? 
4 – Perisik Malaysia sama ada PDRM atau ATM merupakan perisikan yang paling terbaik dalam dunia..percaya atau tidak? Pada 1988 seorang perisik KGB ditangkap iaitu Siddiq Ghouse kerana merisik Malaysia? Hal ini dibuktikan dengan kepantasan Malaysia membasmi Al-Maunnah, KMM, Abu Sayyaf, Jemaah Islamiah dan penganas-penganas lain tanpa mengambil masa yang lama. 
5 – ATM dianggap pakar modified dan pakar intergrasi oleh negara luar, sebagai contoh MiG29N Malaysia satu-satunya pesawat tempur jenis itu yang memiliki peluru berpandu, dan rangking pertama hingga 22 pemandu pesawat tempur adalam anggota TUDM walau hanya menggunakan pesawat buruk tersebut! ATM juga telah mengubah suai SU-30KMM Malaysia menjadi lebih baik daripada pesawat tempur terbaik dunia iaitu SU-30MKI milik Tentera India. ATM juga mengubah suai SCORPHENE menjadi lebih senyap dan paling efisen dalam seluruk kapal selam milik angkatan tentera seluruh dunia! Bahkan percaya atau tidak jika dikatakan kapal kontena sumbangan MISC kepada ATM di ubah suai menjadi kapal serba guna dan kini ia berkhidmat dalam OPS FAJAR mengawal perairan Eden!
6 – Sebelum pasukan elit MARINIR (tentera laut Indonesia ) berjaya “TAWAN” Singapura, pada 1980an pasukan komando udara Malaysia HANDAU telah menerobos pangkalan peluru berpandu udara milik tentera singapura yang terletak di BUKIT BATUK! Paling diingati pada kes itu Komando Malaysia meletakkan bendera MALAYSIA..
7 – Pada lewat 1980an, sekumpulan tentera singapura ditangkap oleh askar wataniah Malaysia kerana cuba memasang radar di sebuah bukit yang terletak di johor. Tindakan ini dibalas Malaysia apabila dilimbungan kering dan basah singapura kerap berlaku letupan sabotaj yang menjejas pelancaran ekonomi Negara itu.
8 – Percaya atau tidak ? Indonesia risau apabila RELA ditubuhkan dan diperbesarjkan? Ini kerana mereka tahu adanya pasukan bantuan khas dalam RELA. Ini mengingatkan pada bantahan singapura sewaktu penubuhan Pasukan Terjun Payung (briged para)
9 – Percaya atau tidak perisik dan anggota elit ATM dan PDRM,apabila bersara dikehendaki melaporkan diri di balai polis bagi waktu dan masa yang ditetapkan? Mereka juga sukar unytuk memohon passport atau visa ke luar Negara. 
10 – Semua anggota elit komando Malaysia (ATM) dilarang memakai motorcar ber”clutch” percaya atau tidak?
11 – Percaya atau tidak panggilan “cikgu” digunakan oleh anggota polis merujuk pada anggota ATM?
12 – ATM menjadi rebutan amerika dan Britain. Namun ATM memilih Britain kerana ikatan persahabatan yang kian lama terjalin, namun tahukah anda ATM telah menubuhkan sekolah ketenteraan FORT BENNINGS ? Di sini diperkatakan tentera terhebat adalah SAS (Britain), diikuti Malaysia (ATM) dan amerika US ARMY. Percaya atau tidak?
13 – Indonesia pernah mengutuk angkatan tentera Malaysia kerana sewaktu latihan , anggota tentera Malaysia membawa resin makanan! Namun ia dibalas Malaysia apabila sewaktu gempa bumi PADANG, makanan yang dihulurkan Malaysia adalah resin tersebut! Makanan inilah yang dikatakan expired padahal mereka kalah malu pada Malaysia.
14 – Bagi menghina Malaysia, Indonesia segaja mengajar angkatan tentera Kemboja. Tapi Indonesia mendapat aib apabila ATM berjaya menerobos kem tentera Kemboja tanpa disedari dan berjaya mematikan periuk api !ini amt memalukan mereka..percaya atau tidak?
15 – Pasukan elit pertama Malaysia merupakan Sarawak Rangers dan ini merupakan pasukan paling awal sebagi pasukan elit dari negara2 rantau ini. Percaya atau tidak?
16 – Indonesia selalu mengutuk ATM sebagai scotboy merujuk pada perkhidmatan KOR ADAT ISTIADAT ATM yang bertugas di istana BUCKINGHAM bersama sama pasulan ROYAL AND BLUES BRITAIN, sebenarnya Indonesia dan negara yang kononnya melayu malu apabila kemelayuan tetap ditonjolkan dalam apa sahaja tentang Malaysia . Percaya atau tidak?
17 – Indonesia mendapat aib di Lubnan apabila dua anggota tenteranya lari apabila dikejar pasukan elit Israel iaitu briged kfir, setakat ini kontinjen-kontinjen negara PBB yang datangnya dari negara-negara melayu dan terkenal adalah MALBATT(disertai angkatan tentera diraja brunei) yang terbukti dalam misi Bosnia dan Mogadish.

November 03, 2012

Erti Kehidupan oh kehidupan

Bismillahhirrahmanirrahim

Zulhijah 1433 Hijrah bersamaan Oct 2012 Masihi


Alhamdulillah syukur kita kpd Allah kerana diberi ruang dan peluang untuk terus celik dibumi Allah ini. Semoga kita semua insya Allah sentiasa dirahmati oleh Allah SWT. Amin

Dalam menerangi kehidupan sekarang kita sebagai umat islam perlulah sentiasa berusaha dan menempuh dugaan hidup yg mendatang. mencari apa erti kehidupan yg sebenar yg diberkati olehNya. Kita sering menerima dugaan yg tidak dijangka dan ingatlah sesungguhnya Allah itu maha Adil yang sentiasa menduga hambaNya yg berkemampuan.



Setiap detik kehidupan ini kita sering berfirkir (jika berfikir) untuk mengetasi setiap masalah yg telah datang, yg sudah berkeluarga berfikir mengenai isteri dan anak-anak dan yg masih bujang berfikir mencari teman hidup untuk melengkapkan erti keluarga sebenar. Yang pastinya setiap manusia mempunyai tanggungjawab yg telah diamanahkan olehNya dan wajib menjalankan amanah tersebut dengan sebaik-baiknya tanpa rasa merungut atau berkira dan mohonlah tanpa jemu kepada Allah sepaya setiap tanggungjawab yg dilakukan itu sentiasa dipermudahkan diberkati olehNya dengan kebenaranNya. insya Allah

Erti kehidupan sebenar sangatlah luas dan begitu subjective untuk di perkatakan.



Kebahagian adalah salah satu perkara penting untuk mengecapi erti kehidupan tersebut. Dalam kehidupan sekarang yg sudah berkahwin mempunyai suami atau isteri dan menambahkan kecerian keluarga dengan mempunyai anak sudah cukup bagi sesetengah org sudah tahu erti kebahagian kekeluargaan. Lain pula yg belum berkahwin yg sedang mencari teman hidup selalu memikirkan siapakah jodoh yg sebenar. Mungkin sudah ada teman istimewa tetapi selagi belum mengikat lafas Ijab dan Qabul belum tentu kebahagian itu akan dikecapi. Namun dalam benak fikir org bujang sudah tentu memikirkan adakah benar ia jodoh kita yg telah ditentukan olehNya..? adakah kebahagian akan  terasa selepas berkahwin..? adakah dia menerima  kita  seadanya..? adakah akan ada bantu-membantu sesama kita..?ohh sangat takut dan rungsing bila memikirkannya.!!!! siapa tidak mahukan kebahagian.. bukan harta yg boleh membawa kebahagian tetapi sikap saling hormat-menghormati, bersama-sama, menjaga nama baik suami dan isteri, bertolak ansur, faham-memahami antara satu sama lain dan banyak lagi perlu diambil kira untuk menjadi keluarga bahagia dan sentiasa dirahmati oleh Allah SWT. 


Wanita mahukan Suami yang :

Rupa Paras Menarik
Handsome
kacak bergaya
Beragama
Berkerja
Berilmu
Solat tidak tinggal
Bersabar
Berharta
Pemurah
Pandai jaga anak
Ambil berat
Ambil hati
Tolong menolong isteri
Tidak mudah marah
Pemujuk
Berdikari
Berani
Pembersih
Pandai Masak
Penabung
Duit banyak
tidak kedekut
Gaji besar
Kereta besar
Pandai bawak kereta
Rumah sendiri
Jaga hati ibubapa
Mengemas
Pandai lipat baju
Pemaaf
Nak apa je dapat
Suka belanja
Suka bagi hadiah


Lelaki mahukan Isteri yang :

Berdikari
Confident
Yakin diri
Rupa Paras Menarik
Cantik
Beragama
Tidak tinggal solat
Dengar cakap
Baik
Berilmu
Berkerja
Bersabar
Pemurah
Ambil berat
Ambil hati
Suka tolong suami
Tidak membebankan Suami
Terima seadanya
Tolong menolong
Tidak mudah marah
Tidak meminta-minta
Pemujuk
Pembersih
Pandai Masak
Penabung
Gaji besar
Suka belanja suami
Hadiah dari isteri
Ada Kereta
Pandai bawak kereta
Jaga hati ibu bapa
Pandai Mengemas
Suka Senyum
Pandai
Manja
Pemaaf



Mungkin banyak lagi ciri-ciri seorang Wanita atau Lelaki  yg diidamkan bg setiap pasangan. bayangkanlah jika perkara biasa bagi seorang Isteri , Suami boleh lakukan atau perkara biasa bagi seorang suami , Isteri boleh lakukan mesti nampak kebahagian disitu. Sikap tolong menolong dan tidak kisah antara satu sama lain menjamin kebahagian dengan kebenaranNya. sikap lengkap melengkapi antara satu sama lain adalah sikap yg perlu ditunjukkan utk setiap pasangan.


Untuk Lelaki

WAHAI ADAM, Jika benar kau kasih & cintakan HAWA :

♥ Bawalah dia ke jalan Allah 
♥ Nasihatilah dia 
♥ Perbetulkan kesilapannya 
♥ Jagalah dia dgn baik
♥ Kasihanilah dia 
♥ Lindungilah dia 
♥ Berilah kasih syg padanya
♥ Hargailah dia 
♥ Ucapkan terima kasih atas kelebihannya
♥ Bersabar dengannya
♥ Terimalah & cintailah kekurangannya
♥ Jadi IMAM terbaik & redhalah padanya

Moga dia menunggumu di SYURGA sebagai bidadarimu..Amin.


Untuk Wanita

Wanita yang suka mendahului 'Meminta maaf' walaupun dirinya
tidak bersalah digambarkan mempunyai peribadi yang unggul dan mudah disayangi 

>bila kita rasa hidup ini sudah tiada ertinya bagi kita,sebenarnya kita yang memilih untuk menganggapnya seperti itu, ingatlah setiap detik kita ialah suatu pilihan jadi jangan cepat mengalah kerana pilihan sentiasa wujud untuk kita <







October 23, 2012

Fadhilat dan Kelebihan Solat Dhuha

Fadhilat dan Kelebihan Solat Dhuha

Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Ia merupakan salah satu dari tiga solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda :
Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.” (Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud :

” Barangsiapa yangmenunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yangsuka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yangmenunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).
Fadilat Dhuha

Banyak hadis-hadis yang mengalakkan solat Dhuha dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat katanya:

1. “Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Abu Hurairah :Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

2. Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

3. Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allahbaginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).

4. Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Kaifiyat Dhuha

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:

”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.”(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut. Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas.

September 28, 2012

Ingatlah Sahabat

Ingatlah Sahabat Fillah ku Jodoh itu rahsia ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA... ♥
☻♥ ☻
/█\ /█\
.||. ||.
SEKUAT mana kita setia...
SEHEBAT mana kita merancang...
SELAMA mana kita menunggu...
SEKERAS mana kita bersabar...
SEJUJUR mana kita menerima kekasih kita...
SELAMA mana kita bertahan bersamanya...

Jika ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA tidak menulis jodoh kita bersama orang yang kita sukai. Kita tetap tidak akan bersama dengannya walau engkau bersusah payah mendapatkannya. Maka cintailah orang sewajarnya. Kerana orang yang kita cintai belum pasti jodoh kita nanti, kadang yang engkau nilai baik untuk mu belum tentu baik untuk ALLAH. Seperti dalam firman ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.." (Qs.Al-Baqarah:216)

Yakinlah... Cinta Itu Akan Indah Pada Akhirnya

Ehmm... Cinta Hanya Selepas Akad.....(✿◠‿◠)

September 20, 2012

Kata - kata Hikmah

Tanpa kita sedari, ada org yg mendoakan kita... Tanpa kita ketahui, ada org yg ingin menjahanamkan kita. Kerana itu, dinding diri dgn doa

Ada ketikanya,dosa & pahala mengalir serentak. Cth: wuduk tapi bazir air / sedekah sambil menghina / berceramah sambil mengumpat

Bila makin tua,semuanya nak ringkas dan yg tak serabut...kerana makin dekat dgn 'kehidupan' yg serba ringkas yakni: hanya sehelai kain putih

Pesan seorang ilmuan: ruginya manusia yg 'taat' kepada hobi yg langsung tdk membawa diri dekat dgn Allah sdgkan waktu berputar laju...

Akhir zaman, 'pusat dan ke bawah' banyak membawa dosa. Perut: makan harta haram. Perut ke bawah: zina

Kita seharusnya mencari 'followers' sejati yakni yang bisa 'follow' ke pengkebumian dan seterusnya temani diri dengan doa berterusan...

Orang berilmu tidak selesa merapu...orang yang suka merapu juga tidak selesa perkara ilmiah... *Allah angkat darjat orang berilmu...

Hidup ialah sebuah perjuangan mencari kebersihan hati. Lahir dibersihkan. Mati juga akan dibersihkan...

Klu tak ikhlas, nanti bila sudah insaf, mohon Allah terima segala amalan yg x ikhlas suatu masa dulu... Ilmu & ampunan Allah amat luas

Manusia berubah kerana bbrp perkara. Antaranya: harta kekayaan & puji sanjungan

Setiap kali Rasulullah bertemu kanak2,Rasulullah akan mengusap kepala &mendoakan mereka.Itulah bukti betapa kasihnya Rasulullah pada kanak2

September 05, 2012

Doa & Taubat - DR Asri Zainal Abidin


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...