May 23, 2012

Mutiara Kata



"~ Bila segala perancangan kita tidak menjadi seperti yang kita harapkan... SENYUMlah dan INGATlah.. MANUSIA merancang dengan CITA-CITA, tapi ALLAH merancang dengan CINTA ~"
Jika dah minat pada seseorang perempuan dan ada niat nak jadikan dia isteri, maka pergilah bertemu walinya dan sampaikan hasrat di hati. Terima atau tidak belakang kira. Begitu juga wanita, jika dia tak mulakan, maka anda boleh mulakan dengan menggunakan perantaraan orang tengah. Jika tak usahakan jodoh, dan hanya menanti sahaja, maka bagaikan orang kelaparan menanti disuapkan makanan je la..
Perjalanan kita masih jauh. Destinasi terakhir ialah akhirat yang kekal abadi. Janganlah kita tertipu dengan kepalsuan dunia yang sementara sahabatku yang baik.
Berapa ramai tak amalkan doa nim? hehehe..

بِسْمِ اللهِ اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا

“Dengan menyebut nama Allah, Ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari anak yang kau anugerahkan kepada kami.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
betulkan niat kenapa kita pelajari ilmu..

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang sepatutnya dicari keredhaan Allah Azza wa Jalla dengannya, tetapi dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat. (H.R. Abu Daud dan Ibn Majah)
Abdullah bin Mas’ud berkata , “Antara ucapan yang sangat disukai Allah swt adalah bahawa seorang hamba berdoa, ‘Ya Allah, aku amat mengakui segala dosa-dosaku. Aku amat meyakini segala nikmatMu, ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada sesiapa pun yang dapat mengampuniku kecuali Engkau”.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...