May 02, 2012

Final Piala FA Sime Darby vs Kelantan

Final Piala FA Sime Darby vs Kelantan 




Kelantan dan Sime Darby ke Final Piala FA 2012
Fa 2012 Kelantan dan Sime Darby ke final piala fa 2012
Kelantan ke final piala FA 2012 yang bakal berlangsung pada 19 Mei ini setelah mengikat kedudukan seri 2-2 dengan Kedah di Stadium Darulaman pada aksi perlawanan separuh akhir kedua sekaligus menjadikan aggregate 3-3
Meskipun kedudukan Aggregate 3-3,Kelantan berkelebihan jaringan 2 gol ditempat lawan melayakkan pasukan mereka ke pentas Final Piala FA 2012
Mengenai aksi separuh akhir kedua,Kedah terlebih dahulu di depan dengan 2 gol hasil jaringan Khairil Muhymeen pada minit 31′dan 42′
Dalam ketika penyokong Hijau Kuning berasa pasukan mereka sudah diambang ke Final Piala FA,Kelantan bangkit di aksi babak kedua,hasilnya Kelantan memperolehi gol pertama menerusi tandukan bola sepakan sudut oleh Obina nwaneri pada minit ke 47′
Gol itu menjadi pembakar semangat pasukan Kelantan,Hasil daripada asakan yang bertali arus,Mohammed Ghaddar muncul wira Kelantan dengan menyamakan kedudukan 2-2,sekaligus mengikat kedudukan aggregate 3-3
Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang,Terengganu terpaksa akur dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang Sime Darby
Dengan keputusan seri ini,Sime Darby layak ke final dengan Aggregate 2-1 hasil daripada kemenangan mereka pada aksi separuh akhir pertama

Sime Darby juga melakar sejarah tersendiri apabila menjadi pasukan kelab yang pertama mara ke pentas Final Piala FA 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...