April 13, 2012

Renungan Bersama


Memberi nasihat itu sebenarnya mudah sahaja, dan yang berat adalah menerima nasihat tersebut. Kerana setiap nasihat itu, dirasakan tersangat pahit, bagi siapa yang selalu mengikuti kehendak hawa nafsunya.
Jangan terlalu resah & gundah dengan turun naiknya prestasi kehidupanmu, kerana kehidupan ini adalah ibarat lakaran dengupan jantung yang turun naik. Ia perkara tabi'i yang normal bertepatan dengan firman Allah yang mengarahkan kita terus berusaha, bermuhasabah & tawakkal
Sesiapa yang menjaga Allah (hukum, arahan & laranganNya), nescaya Allah akan menjaganya pula. Lalu beroleh ketenangan & redha Allah. Walau susah pada mata manusia, hatinya tetap senang krn amat terasa jagaan Allah terhadapnya.
"Kunfayakun, Jika ALLAH menghendaki sesuat hanya berfirman: 'Jadilah' ; maka jadilah ia."
(Surah Yassin; hujung ayat 82)
Mereka tak mahu nyawa kita. mereka hanya mahu akidah kita lari dari Allah. jadi sanggup tak bercerai nyawa untuk pertahan akidah? sanggup tak dipisahkan dengan anak2 untuk pertahan akidah? selagi kita berkiblatkan dunia, selagi itulah kita takkan sanggup. pegang dunia di tangan mu. bukan di hatimu. -Ummi-
Jaga-jaga dengan 3 sifat tercela ini semasa kita berfacebook.

1) Sifat 'Ujub = berasa bangga dengan menceritakan pengalaman dan keistimewaan diri sendiri. Perasan hebat. Syok sendiri.

2) Riya' = memperlihatkan amalan perbuatan sendiri untuk dipuji orang lain. Menunjuk-nunjuk.
... 3) Sum'ah = memperdengarkan/memberitahu/memaklumkan perbuatan sendiri untuk dipuji orang lain.

Amalan yang kita lakukan boleh rosak akibat sifat2 buruk ini. Kita semua kena hati2 sebab ia terbit dari hati dan Syaitan laknatullah sentiasa berusaha untuk menyesat dan memesongkan kita semua.

Semoga ALLAH `Azza wa Jalla pelihara saya dan sahabat2 FB sekalian dari sifat-sifat buruk dan merugikan ini....aamiin.

~Dipetik dari kata-kata Ustaz Shahmuzir Nordzahir~

Muhasabah Diri ..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...