Kelahiran Rasulullah
SAW merupakan satu peristiwa sejarah yang paling besar dan paling agung yang
pernah berlaku di dunia ini. Tiada sejarah yang lebih besar, penting dan agung
selainnya, sama ada sebelum atau sesudahnya. Ia adalah sejarah yang telah merubah
watak dan peradaban manusia.
Justeru itu, sejarah
Rasulullah SAW adalah satu peristiwa yang luar biasa, mengandungi rahsia-rahsia
dan perkara yang tersirat pada setiap yang ada hubungkait dengannya walau satu
titik, lebih-lebih lagi satu huruf dan satu perkataan. Padanya terkandung
rahsia Tuhan yang patut kita kaji dan serlahkan. Mari kita cungkil rahsia dan
hikmah di sebalik tarikh kelahiran baginda iaitu: Sebelum Fajar, Isnin, l2
Rabi’ul Awwal, Tahun Gajah.”
Kedatangan
Rasulullah SAW membawa rahmat. Sebelum fajar bererti kegelapan sudah akan
berakhir dan cahaya adalah umpama rahmat Allah yang akan menjelma.
Isnin dari bahasa
Arab bererti dua. Di saat kelahiran baginda, akidah manusia sudah rosak kerana
sudah lama ketiadaan Nabi dan Rasul. Hanya dua yang mengenal Tuhan; Zat Tuhan
itu sendiri dan baginda Rasulullah SAW. Itulah isyarat dari Tuhan di sebalik
kelahirannya pada hari Isnin. Justeru, keIslaman seseorang hanya sah apabila
dia mengakui dan menyebut kedua-duanya.
Jika dirujuk pada
malam, ia adalah kemuncak kegelapan. Ertinya waktu kelahiran baginda, segala
perkara negatif berada di tahap puncaknya.
Jika dirujuk pada
siang, ia adalah seterang-terang cahaya matahari. Ertinya kedatangan baginda
membawa rahmatdari Tuhan untuk segala alam, bukan hanya untuk manusia, bahkan
binatang, kayu kayan, batu batan dan seluruh ciptaanNya. Berkat cahaya rahmat
itu, seluruh makhluk mendapat pembelaan dan tidak boleh diperlakukan sesuka
hati.
Jika dirujuk pada
bulan, ia adalah kemuncak bulan dalam setahun. Ertinya baginda adalah penutup
dan kemuncak para Rasul. Rasul terdahulu didatangkan untuk sesuatu kelompok dan
zaman sedangkan Rasulullah SAW didatangkan untuksemua etnik, berlanjutan hingga
berzaman.
Jika dirujuk pada
bintang, ada bintang 12 yang mana ia adalah bintang yang paling terang di
antara beribu bintang yang ada. Ertinya kelahiran Rasulullah SAW membawa
syariat yang lengkap, petunjuk dan rahmat yang lengkap dari dunia hingga
akhirat. Ajaran yang dibawanya paling sempurna berbanding ajaran Rasul-Rasul sebelumnya.
Rabi’ dari bahasa
Arab bererti musim bunga. Kedatangan baginda menjadi contoh akhlak yang mulia
dan akhlak yang agung adalah umpama bunga yang cantik dan indah di awal musim
bunga.
Ia dikaitkan dengan
Abrahah dan tentera bergajahnya dari Yaman. Sewaktu dia menyerang Ka’bah, dia
telah merampas harta benda termasuk kambing-kambing bapa saudara baginda, Abu
Thalib dan datuknya Abdul Muthalib. Akhirnya Abdul Muthalib keluar lalu
bersemuka dengan Abrahah. Beliau meminta supaya dipulangkan semula kambingnya
kerana ia adalah miliknya. Manakala tentang Kaabah, beliau berkata terpulanglah
kepada Abrahah kerana Ka’bah itu bukan miliknya tetapi milik Allah. Jadi, di
sini, terbuka rahsia bahawa keluarga Rasulullah saw masih beragama dengan agama
Nabi Ibrahim. Ertinya keturunan baginda terpelihara, bersih dan dijaga oleh
Allah
No comments:
Post a Comment