June 19, 2012

Cara Mudah Melajukan Komputer (Menarik!)


Ketahuilah Bagaimana Cara Untuk Meringankan Komputer Anda Yang Asyik ‘Berat’
Bersikan komputer daripada perisian yang kita tidak gunakan. Saya percaya anda pasti mengalami masalah komputer yang sering mengalami masalah loading yang terlalu lama.
Sebagai contoh, komputer berjenama seperti Dell, HP, dan Toshiba biasanya datang dengan pelbagai perisian tambahan yang sedia dipasang, termasuklah Windows 7 (dengan lesen yang sah), Microsoft Office, dan sebagainya. Sungguhpun sebilangan perisian ini sangat penting buat anda, terdapat juga sebilangan besar yang lain yang tidak anda perlukan.
Saya baru sahaja mendapat komputer Dell yang baru, dan apabila saya periksa senarai perisian pada Contol Panel, terdapat banyak daripadanya yang tidak akan saya gunakan termasuklah Roxio, Skype Toolbar, dan banyak lagi. Malah, perisian anti-virus McAfee juga sangat menjengkelkan dengan notifikasi kemaskininya yang meminta saya untuk restart komputer setiap dua hari.
Bersihkan komputer anda daripada barang-barang yang tidak akan anda gunakan
Meskipun perisian-perisian ini tidaklah terlalu membebankan komputer anda, anda boleh membuangnya sekiranya anda pasti ianya tidak penting. Buka ‘Contol Panel’ > ‘Uninstall a program’ untuk melihat senarai perisian yang boleh anda buang.
Anda juga boleh mengelakkan sesetengah service atau aplikasi dari berjalan secara automatik apabila Windows dimulakan. Ini boleh dilakukan pada perisian yang anda gunakan sekali-sekala, namun tidak terlalu penting sehingga perlu dijalan secara automatik.
Buka System Configuration dengan menekan kekunci Win+R dan taipkan ‘msconfig’. Lihat pada bahagian Services (pastikan anda menandakan ‘Hide all Microsoft services’ terlebih dahulu) dan juga Startup. Kosongkan kotak pada aplikasi yang tidak penting.
Bagaimana hendak tahu samada perisian ini boleh dibuang?
Sekiranya anda tidak pasti samada perisian tersebut boleh dibuang atau tidak, buat carian terlebih dahulu di Google mengenainya. Jangan risau sekiranya anda ada membuat kesilapan, anda boleh muat turun kembali perisian tersebut dan pasang semula pada komputer anda.
Gunakan 1 jam sahaja untuk menjaga komputer anda, dan selebihnya untuk menggunakannya!
Namun ingat, jangan terlalu obses dengan proses optimization dan tweaking ini sehingga anda melakukannya setiap hari. Komputer dicipta untuk memudahkan kerja anda, bukannya untuk memeningkan anda. Luangkan masa anda dengan aktiviti yang lebih menyeronokkan seperti menulis blog, coding program, ataupun bermain game!
P/S : Bersihkan komputer anda dalam masa 30-60 minit tanpa perlu sebarang perisian tambahan. Bebaskan komputer anda daripada perisian yang anda pasti tidak akan anda gunakan.

just sharing is caring :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...